Monday, September 13, 2010

Pembunuhan Pembunuhan Kejam di Malaysia

Benarlah zaman sekarang manusia dah menjadi semakin kejam dan sanggup buat apa saje unutk mendapatkan kekayaan / duit hingga sanggup berbunuhan sesama sendiri. Kes yang terbaru ni yang membabitkan jutawan kosmetik Sosilawati telah membuktikan manusia sanggup buat ape saje kalau duit punya cerita. 

And yang lagi zalim laknat kejam, dah la diorang berempat tuh dibunuh (dengan benda runcing sepanjang 30cm), pastuh kena bakar, pastuh abu dibuang merata rata. Agaknye mesti roh arwah x tenang diperlakukan mcm tu. And even yang x boleh blah, PEGUAM aka LAWYER yang jadi orang dalam kat dalam kes ni. So, cmne ni?..even orang yang kita anggap boleh melindungi kita pon ruperupenya merupakan setan dalam diam. Jadi who should we trust?...fikir fikirkanlah.


Al Fatihah kepada arwah dan yang lainlain terlibat


Ok hari ni aku nak senaraikan beberapa kes pembunuhan kejam kat Malaysia :

!) 23 JULAI 1993.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris hilang hampir tiga minggu sebelum ditemui mati dibunuh di Raub. Mayat beliau dijumpai dikerat 18 bahagian dan ditanam dalam stor dan di sebuah tidak bernombor kat kampung Peruas, Ulu Dong.

2)18 JUN 2003.
Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli belah kat Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelom mayat dia ditemui rentung dan berada di dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru. Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.

3) 25 DISEMBER 2003.
Mayat eksekutif muda dan model sambilan, Noritta  Samsuddin, 22 ditemui mati dengan keduadua tangan diikat kebelakanag, leher dijerut,mulut disumbat, dan kakinya juga diikat. Arwah disyaki dirogol di rumah sewanya yang terletak di kediaman mewah di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas.

4) 27 NOVEMBER 2006.
Wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu,28 dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 oktober 2006.

5) 17 September 2007.
Nurin Jazlin Jazimin,8 dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumah di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam beg sukan yang ditinggalkan kat depan tempat berniaga kat Petaling Jaya. Hasil bedah mendapati yang dia didera secara seksual yang melampau.

6) 5 JANUARI 2010.
Empat sekeluarga ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas dibunuh oleh cucu sendiri Rasidi Ismail,32 di dalam dua rumah di Kampung Batang Rokan di Gemencheh, Tampin. Mayat Atan Daud, 90, ditemui dalam keadaan putus tangan kiri di sebelah mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80, yang putus tangan kanannya selain menantu Ismail Awang,76 dan cucu, Siti Khadijah,22.

(petikan dari Berita Harian,14 September)

So boleh cakap kemalangan sememangnya tidak berbau dan boleh berlaku kat manamana dan kepada sesiapa sahaja. Jadi, korang dan aku sendiri kenalah hatihati k. Yang perempuan tuh pastikan berteman bila nak kuar manamana (dengan orang yang boleh dipercayai, jgnlah bru kenal BF 2 hari dah ajak kuar. BAHAYA), lakilaki pon same gak, adikadik kicik (seeloknya ditemani orang yang lebih tua), makcikmakcik (jangan pakai barang kemas macam ko sorang je ade barang kemas..silap2x mase jalan tengoktengok beli baju tangan dah takde) dan orang tua.






babai!..:]















Sekapur Sireh,
Hazique Mirza.









No comments:

Related Posts with Thumbnails