Saturday, November 27, 2010

Bang Sudin..20 sen!

Setuju tak kat kl ni dah banyak pemintak sedekah?. Yes betol kl semakin banyak pemintak sedekah tauhu. Selok belok sini pergi depan kanan kiri akan ade la sorang tuh berpewatakan buta, takde tangan, takde kaki, takde mulut tak lengkap anggota badan.

Abah mak selalu pesan. Kalau nak sedekah ni kenelah dengan ikhlas. Bagi sikit pon takpe asalkan hati mau ikhlas. Tapi masalahnye. Memang la at first mase menghulurkan duit tu ikhlas. Tapi selepas kita dah bagi duit, ade pulak perkara yang cam taik berlaku.

Sebab ape?. Pernah x korang cam "hey kuang ajo ko kan, dah bagi betis nak peha!?". Pernah x?
Mesti ade punya lah.
Same lah dengan aku.
Aku dulu adalah budak yang sangat murah hati ok. Ok kembangkempis sekejap.
Bila tengok orang tuh dalam kesusahan mesti rasa ringan je tangan nak bagi sepuluh sen dupuluh sen. Hey dulu susah okey nak bagi seringgit. dupuluh sen tuh dah kira up la tuh kan.

And suatu hari. Peristiwa yang pertama kali buatkan aku rasa macam kurang percaya dengan pemintak sedekah ni. X silap aku ni peristiwa mase aku kicik. Ade sorang mamat bangla ni. Datang umah konon mintak sedekah, "dey tambi, tolonglah saya, saya mahu mintak ini sidikah kasi itu bina rumah anak yatim itu punya". Sambil tunjuk2x "rumah anak yatim tiruan" and perkataan "tolonglah kami bantu kami". Sangat baik x hati aku bila aku bagi 2 ringgit?. Kuota i cume 20 sen je wokeyh. Tapi disebabkan "oh anak yatim", ok fine tak pe la.

"Tambi x de lima ringgit ka?". Sumpah benci dengan dia sampai skang aku benci bangla mintak sedekah.

Satu lagi, "Dek tolong makcik dik, makcik x de duit nak beli makanan". Kesian tengok dia, Baju compancamping koyak rabak, muka buruk, pakaian busuk. Ok bagilah lima ringgitt!....lima ringgit  ok..Ini lagi sumpah kuang asam nye pompuan. Disebabkan peristiwa "tak percaya bangla" tuh, maka kali ni aku buat siasatan. Ikut dia dari belakang selepas aku bagi duit tu. Kononye jadik spy la nie. Padahal gemok nak mampus mase tu. Konon sembunyi belakang tiang dengan jayanya tapi perot still x boleh cover. -___-'

Sekali dia masuk kedai mamak, 'mamak saya mahu itu saleem satu". What!. X de x kira. Nanti la kau dekat akhirat nanti jumpa aku bayar 5 ringgit aku balik. Ini satu kes lagi. Mase belajar kat uitm kedah. Mase tuh kuar makan KFC. Tengah syiok2x makan gigit kriokkriok tulang ayam tiba tiba, sorang budak perempuan "sadakah, sadakah.sadakah.sadakah". Sambil hulur tangan, buat muka kesian.


kesian tak kesian tak?


At last mase hari tu. Kuar ke bandar sengsorang mase weekdays.(konon nak berseorangan la kan). Tiba tiba. Kuang ajo punye budak. Depan depan aku kot makan KFC!.Aku makan kat meja ni. Dia makan kat meja hadapan. Kira bertentangan la kan. Aku dok usha jer la dia. Ambuih kayo bonar kau kan sampai bleh plak makan KFC dinner plate! Ini sudah lawan tauke dah nie.

Yang x boleh blah nye, Lepas makan, lepas cuci tangan. Boleh pulak pergi kat meja aku (aku belom habis makan). And then "sadakahsadakahsadakah". Ko hengat aku ni tunggul kayu ke hape  xnampak kau tengah syok makan KFC dinner plate tuh. Aku pandang je dia lamalama. Dia pon naik heran sampai wat muka "apesal mamat ni". Then i said "u get lost". Xpaham bi ghupenye. Pe lagi "berambus boleh x?". Pukk kena sejibik opss terlaser puleks..

Sampai la ni conclusionnye. I would say.


NO to pengemis!








p/s = tapi kalau yang bekerja mcam menyanyi sambil minx sedekah ok lagi. 

















Sekapur Sireh,
Hazique Mirza.



3 comments:

ramlah melaram said...

warghh aku pon slalu terkena gak. geram giler rase mcm nk kasik penyek2 je muka depa tuh warghhh

cik fara said...

mak aku ckp
jgn layan orng yg kite x kenal
bahaye wei!

N@biL said...

panas jugak kan..tp weh..lantak jelah..janji ko sedekah kan..dpt pahala..die nk buat ape ker..nak tipu ker..kena lar kt akhirat..huhuh

Related Posts with Thumbnails