Friday, April 22, 2011

approve senang, nak melayan x koso den

tak sanggup nak membiarkan blog kosong tanpa post post terbaru dan hari ini aku nekad untuk menaip barang sependek mana pon post itu. tak kisah la final ke apa ke. i wanna have rest for a while. 

hari ini memang plan nak berehat je. dari pagi ke petang try to set my mind that i have to relax, be cool, jangan gopoh, jangan gelabah tak tentu hala dengan final sebab nanti kau jugak yang susah. Oleh itu masa hari ini dibuangkan sahaja dengan menonton movie di laptop, google situ, wikipedia sini, add, remove serta approve orang di fb. What a life kan? Nak tengok tv kena berebut rebut. Orang lain nak tengok bola aku nak bukak channel E atau SWR. jawapannya memang takkan dilayan la kan. oleh itu celocom broadband memang la peneman yang setia eventhough limit sudah sampai.

perkara pertama yang akan buat bila bukak laptop dan connect selkom broadband mesti akan bukak fb dulu. it is a must. x kesah la ada notification ke x. kalau dulu bila tengok dalam notification ada ramai gila nak add dan hati mula rasa wah famous siot aku! tapi itu dulu. sekarang  tidak. sekarang just approve mana mana yang berkenan. atau add mana mana yang mengenali sahaja.

aku memang agak reserved orangnya. cehhh. sebab nya? aku memang jarang bukak im dan kebanyakan masa aku akan appear offline padahal tengah dok syok stalk orang tuh tengah in open relationship ke, relationship with sapa sapa ke. hehe. malas bukak im bukan sebab aku x nak berkawan tapi lebih kepada sometimes i need my own privacy. malas nak diganggu. kalau bukak im, orang cakap "hai" dan aku cakap "hai". padahal orang tu mengharapkan yang lebih daripada aku seperti "awak dah makan ke?". tuh la yang malas tuh.

sejak ada fb ni dapat la bertemu kembali dengan kawan kawan sekolah rendah sekolah menengah. memang dah  lain. muka lawa dah x berapa lawa. yang tak berapa lawa omg lawa gile. nerd jadi hensem. dulu elok elok muka melayu, cakap melayu (slang), sekrang bila dah tegur oh tuhan BM pun kau tak paham?

ye betol tuan puan bahasa melayu bahasa anak bangsa sendiri pon takpaham? nak kata orang india ke cina? bukan sama sekali. nak kata orang melayu muka pan asian memang tak langsung. nak kata muka kampung yes it is! betul betul tak paham dengan orang yang macam gini. style sangat ke cakap english sampai bm pon kaulupakan?. orang cina india tuh style jer bila cakap bm, kau tuh je yang melampau lampau nak berBI sangat tuh hok gapo? takde la ceq nak berbanggaa ke hapa. even cheq ni masa sekolah menengah tak pernah pon berBI. (attempt ada tapi selalu kena gelak sebab cakap merapu), but at least bila result keluar semua orang tercengang sebab aku dapat mencantas kebanyakan budak yang truly power dalam bi diorang. 

jangan tengok orang di sebalik spek nerd dengan muka berjerawat jer wokeyh.

post kali ni bukan nya post membakar semangat patriotik atau memupuk semangat nasionalisme. tapi post kali ini adalah untuk berkongsi perasaan duka dan awakward bila tengok kawan kau sudah lupa diri. cakap bi tunggang langgang, dekat rumah speaking i u they are je, bila masuk exam tanya pulak kita apa tu "achievement (pencapaian)" sebab nak buat karangan bi. ada ke patot?


1 comment:

hqfizulhqkim said...

selamat berblogging :)

Related Posts with Thumbnails