Heh heh heh. Yang tengok tajuk ni mesti macam blushing blushing seketika kan?. Bagi yang cukup umur dan paham je la. Bagi yang tak paham pulak, kira iakan jer la. Tak tak tak. Bukan nak cakap cerita dalam kain suami isteri ke hape. Tapi dalam banyak banyak dialog Merong Mahawangsa tuh, dialog ni lah yang paling menggugat sanubari.
Ye Merong Mahawangsa ala cerita yang KRU Production tuh, ala yang heboh heboh pasal penggunaaan teknik CGI yang kebabaum tuh. Tapi memang tak dinafikan cerita dia agak best walaupun cerita cerita macam ni memang boleh dikatakan x berapa layan. Yerla cerita pasal sejarah kan?. Dah la otak tepu menghafal subjek CTU yang pasal sejarah, alih alih tengok movie pon pasal sejarah. Lagilah ting tong.
Tapi ini cerita memang boleh kasi angkat semangat. At least bila kita tengok movie ni boleh lah kita tahu akan keperkasaan kaum melayu. Betapa orang luar dahulu menganggap negara kita ni sebagai Semenanjung Emas, negara yang kaya raya. Tengok filem ni sedikit sebanyak timbul perasaan bangga cheq!
Sebut pasal "timbul perasaan bangga". Kenapa orang kita sendiri ramai yang x berapo gomar nak nengok cerito kito sendiri eh? Best apa, takde yang kurang semua secukup rasa except for the CGI matter je la kan?. Tapi overall ok lah jugak. Penceritaan filem itu sendiri sudah semakin ok bagi aku, takde lah meleret, klise (bagi sesetengah filem) dan rasanya filem ini juga boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya means dibawa keluar ke luar negara bagi mat minah salleh tengok filem kita.
X nak cerita lebih lebih nanti terbocor lak. Papehal jom la pergi menonton Merong Mahawangsa ni. Berbaloi ok, ala apalah salahnya bazirkan duit sikit pergi tonton filem melayu, ala kalau omputeh punya cerita keman laju jer kan!
4 comments:
waahh.. da tgk k cter ni??
best x??
sy pun xsempat tgk lagi ni.. hee
ctu?kamu budak uitm ek..same..soly, i noe u my dear
SOLY- Hehe dah and know what u really shud watch it tau!....best..hehe
MUNIRA- Yeker?...hahaha eh eh cmner tahu?
i noe la..i pon amik CTU...ngantuk tiap kali time lecture..i uitm arau...u?
Post a Comment