Thursday, March 31, 2011

i have started to miss them so badly

Hidup ini tidak hanya melibatkan kita seorang sahaja. Hidup kita dikeliingi dengan ramai orang yang menyayangi kita. Tapi kita kadang kadang terlupa seketika selain mak bapak kita, dalagi insan yang sudi menghulurkan kasih sayang, menghadiah kucupan mesra dan pelukan hangat. 

Saya rindu kalian berdua. Rindu sangat sangat. Melihat gambar kamu membuatkan hati berasa sangat sayu. Mata yang bergenang mengharapkan ada yang mengingat tidak lupa akan usia yang semakin meningkat. Saya sedar saya sendiri makin jauh dengan kamu semua, maafkan saya. Kadang kadang bukan sebab saya sibuk, tapi entah la kejam pula jika hati ini mengatakan saya jarang mengingati anda semua tapi itulah saya lebih menumpukan kepada bahagian yang disebelah sini. Tetapi tidak mendalami akan perasaan orang yang disebelah sana. Kecil hatikah mereka? Sedihkah mereka?


Saya rindu kalian bedua. Kita pernah bermanja bersama. Jalan jalan. Berpegangan tangan. Beli aiskrim. Kena rotan. Saya ingat. Kita pernah jual buah rambutan, penat, tapi momen itu sangat mapan.



Saya rindu anda berdua. Tunggu saya, saya akan balik kampung minggu ni! Dapur akan kembali berasap sebab saya memang kuat makan. Ikan keli memang menjadi pilihan.



 





2 comments:

SoLy SoLicious said...

waah..
semua balik kg je ni..

KELI OH KELI said...

salam ukhwah...mai tgk blog ikan keli..")

http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails