Thursday, July 7, 2011

Kite dapat kerja dekat farmasi 1

Hari ku seperti biasa dimulakan dengan eyebag besar bawah mata sebab selalu kurang tido dan seterusnya diteruskan lagi dengan membetolkan kain pelikat ku yang sudah larik tune nya (bahagian bontot ke depan, bahagian depan ke belakang) dan seterusnya proceed dengan jalan laju laju ke dapur sambil eager untuk melihat apa benda yang dimasak oleh bibik ku hari ini.

Kecewa.

Cekodok aje?

Sardin aje?

Patut bersyukur ziq. Orang kenya bukan takat nak makan cekodok, nak beli tepung buat cekodok pun tak mampu. Cekodok oh cekodok. Haih. Bantai je la. (habis jugak kate tak sedap?). Haih gitu lah aku. Badan dah menggajah tapi still x sedar diri dan keep posing depan cemin. "takpe takpe montok kot aku ni cam mariah carey!". Padahal.....

Eh lupa plak nak tulis "gosok gigi dulu baru makan". Memang tak saja tulis pun, memang x gosok gigi pon terus je makan. Lebih kick rasanya. Buruknya perangai kau mase cuti ni yer haziq!.

Aktiviti diteruskan lagi. Tukor baju pakai seluar. Bukak internet. Online. Tengok blog. Tengok je. Sumpah meluat pulerr tengok background biru ni dan akhirnya berjaya ditukarkan kepada theme yang lebih matang. Hopefully. Kau x kerja cendawan ke haziq?. Oh kerja tapi dicutikan seminggu. Sebab abah sibok minggu ni dengan persiapan dia nak g haji so dia tak balik tempat cendawan.

Argghhh bosannyaa! Sangat bosan. Bosanlah peneman setia. Nak ajak lepaq2 luor tak dan duit poket tinggal seringgit. Haihhhh.

Bila tengok status kawan "kerja sat lagi bubye" timbul pulak perasaan cemburu. Bukan cemburu sebab dia nak kerja. Cemburu bila time dia dah dapat gaji dengan status "wah gaji do hari ni..plan nak nak beli ape yer?..hurm". Sangat apehal kau nak update status cmtuh?

Lima minit kemudian berasa bosan dan terus drive ke farmasi guardian atas sebab mahu membeli facial cleanser yang sudah pun kehabisan. Jam pulak tuh. Perjalan lima minit jadi lima belas!...the hell?. Sampai di farmasi, cari cari dan terus bayar di kaunter.

Tiba tiba

Wa = Kak sini ada kerja kosong tak? (serius tanya mulut cakap dulu lepas tuh baru mata terbeliak sebab  betol ke ape aku buat ni?)
AKAK CANTEK = Ade. Adik (ye adik) nak kerja ape?
WA = Cashier ade kak?
AC = Ade. jap ye akak jumpa orang HQ.

AKH (AbgKononHensem) = Isi borang ni dulu ye dik.Pergi tulis kat situ. (Sambil tangan menunjukkan ke arah longgokan kotex)

Soklan dia...

"Jika barang yang mahu dibeli oleh seorang pelanggan adalah RM20.50 dan dia telah membayar RM30.55,maka pulangannya adalah berapa?"

"Jika satu barang berharga RM15.50. Tiga barang adalah berapa?"

dan etc.

Fuh. Bulat mata tengok soklan camtu. Kekeke orang kat belakang tengok aku. Tapi berkat keredhoan mak yang berkata "kau kena kerja!" maka soklan matematik itu dapat dijawab dengan bukan mudah...agak mudah. Aisey.

"Ok adik. Nanti bila bila kitrang konfirmkan ye dapat ke x dapat. Kalau tak dapat abg harap adik taklah kecewa ye. Sebab tengok penampilan adik sekarang ni memang la abang tak yakin. Selipar jepun. Baju ape kau pakai ni? Seluar pendek tengok tuh lutot hitam! Muka berjerawat Rambut serabai"

GULP!

Oh ye sumpah lupa nak mandi!

No comments:

Related Posts with Thumbnails