Saturday, January 22, 2011

Adik Sedara masuk sekolah Tahfiz...wah gituuuu!

Itu dia itu dia Haziq Mirza sudah kembali dengan semangat baru berblogging. Kalau sebelom ni rasa macam nak x nak je berblogging sebab dah agak bosan bin boring bila buka google, tekan apakaumerepek, lepas tuh nampak backgron awan awan dania disamping mangga melons. Atas nasihat serta cerca berulamkan sumpah seranah, fine!.aku tukar la layout blog ni. Walaupon terima komen berbaur sex, saya tetap terima dengan sepenuh hati.

Adik sedara masuk sekolah Tahfiz. Alhamdulillah selaku abang sedare kau, sejuk ketiak aku tengok adik sedara aku masuk sekolah tahfiz. He is the only one yang masuk sekolah tahfiz and masuk pun bukanlah disebabkan paksaan tapi atas rela hati. Haih sejuk perot mak ko din. Sekarang ni tengok kau sopan santun ayu sangat, tengok muka kau pon bercahaya, tenang je melihat even kau hitam hitam comel manggis.

Ingat lagi aku masa kau kecik kecik dulu. Nakal nye ya rabbi! Kalah aku masa kecik. Datang umah orang mesti ada je barang orang tu rosak. Datang rumah orang masa hari raya mesti kau sental kuih diorang kasi habes sampai x de kesan. Kalau datang umah nenek mesti kena tibai sebab kau nakaaaaaal sangat. Kalau kau tu bertumbuk dengan adik kau memang la x sah, kadang2 sampai lebam bijik mata.

Tapi tuh kisah dulu kan, sekarang dah macho, ustat macho!...Yeahhh!. At least adalah family member yang jadi tahfiz din, nanti masa kat sana nanti ko lah yang selamatkan kitorang. Amin.

si montel bahagian kanan tu name dia UDIN. Dulu tailong sekarang USTAZ. Bley?

3 comments:

aminaim said...

serius aku suka statement kau yg nak2 dekat ending uh...

aminaim said...

terasa ai tau...

FITZ FITRY FUZZ said...

ko plak bila nk skolah pondok pondok haziq?
hahahaha

Related Posts with Thumbnails