Sunday, January 30, 2011

Tupai Terbang


Omg! Sumpah kau comel sumpah kau kiut. Ok fine tahun ni punya birthday saya nak mintak mak belikan sekoq sugar glider atau juga dinamakan Tupai Pondan (Haziq Mirza bagi nama) sebab dia ni jenis pemalu tapi manja. Tupai ni boleh terbang taw kalau nak tahu la, and bila dia rasa takut or x biasa dengan orang tu dia akan menegangkan kulit dia and lompat and bila dia terbang sumpah nampak macam layang layang.

Dia ni comel banget deh (semuabendakaunakcakapcomel). Tengok tu tengok hidung dia, wah wah wah muncung habes. Mata dia lagi laaaa...pitammm...nampak macam mata anime yang buat muka x bersalah bila buat salah sambil mata berair. Fine tahun ni aku akan cuba dapatkan jugak.

Nama?. Oh itu kan sudah jadi satu tabiat haziq menamakan setiap barang kepunyaan beliau even kereta pon ada nama tersendiri. Dah ada list name dah ni. First FIFI. Second MUNMUN. Third PONPON (kalau jantina pondan). Fourth Gleee! ya glee...ok dah dapat nama dah...GLEEE. Hehe

Tapi masalah nya boleh ke aku menjaga pets ni?. Aku dengar kalau nak jaga sugar glider kena rajin belai dia sebab dia ni x suka berseorangan sebab nanti dia akan bosan lepas tu mati. Alamak teringat pulak kisah ikan emas mati sehari lepas beli. Jangan lah salahkan aku wokeyh!. Dah dia berak banyak sangat sebab tuh la aku basuh akuarium tu sampai 2 kali sehari. Bila tengok besok pagi ikan ikan semua timbul sambil mata berpangkah X macam kat dalam iklan cintai alam sekitar. Haih, agak agak bila beli sugar glider ni tah berapa lama la tahan sebab bukan sahaja sugar glider ni suka dibelai,tapi tuan punya sugar glider lagi lagi lagi suka dibelai. kekeke



3 comments:

amaa said...

comel kan nyah ?
aku baru igt nak bg kau hamster bday nanti

Anonymous said...

beli ah sekoq.. buh dalam bilik kita.. sumpah ghazi jerit 24 jam

qilamahadi said...

ni kalau tikus pun takut mcm mana ni
kau nak bela jantina unknown je
pondan la nyahh laa apaa laaa

Related Posts with Thumbnails