Friday, July 8, 2011

Kenapa perlu over?

Bukan lah untuk menimbulkan permasalahan dan jauh sekali untuk membangkang kepada perkara ini tapi sekarang ni kita selalu disogokkan dengan fenomena "women first" baik dimana mana sahaja baik bila nak naik bas bila nak duduk dekat kerusi ktm dan kalau tak pun bila tahan teksi dan bila ada perempuan kita kena dahulukan perempuan.

Ye tidak salah dan perbuatan tersebut amatlah bagus diamalkan oleh para lelaki sekalian. Tapi yang tidak bagusnya adalah bila hak "keistimewaan" yang telah diberikan ibarat diover over kan atau berlebihan. Ye memang kaum wanita berhak untuk berdiri sama tinggi sama rendah dengan pihak lelaki. Tetapi perlukah sesuatu perkara itu macam exaggarate?.

Dalam konteks exaggaratenya ialah perlukah diadakan semuanya untuk perempuan?. Ye satu dua boleh dikira munasabah. Tapi bila semua perkara disogok "women first" then di mana hak kuasa kami sebagai pihak lelaki?. Tengok sahaja bila banyak transport awam semuanya nak melebihkan perempuan. Sebagai contoh, kalau KTM tuh dua rail memang khusus sahaja untuk perempuan dan akhirnya aku yang kebetulan masa tu nak ke MidValley terpaksa tunggu train yang lagi satu sebab bahagian lain dah penuh. Bahagian perempuan tak pulak penuh tapi disebabkan "for women only" takkan pula kita nak masuk? Dan kalau dah tahu ada tempat khusus untuk perempuan, kenapa perlu ke tempat yang ada lelaki? Dan lepas tuh bila timbul masalah kenapa kau nak bising2? You have taken the risk and you have to bear the consequences.

Sebagai contoh yang lain. Kisah bas rapid untuk women. Bagi aku perlukah ada semuanya itu? Cuba korang bayangkan, kau ni isteri yang dah nak bersalin dekat hospital, dan suami kau takde kenderaan dan terpaksa naik bas nak ke hospital, Tak ke berasap kepala bila kau tengok bas rapid sekarang pon sudah "dipinkkan" menjadi for women only? Cuba la fikir sebelom membuat sesuatu tindakan. Transport awam dekat negara kita ni takde lah sebagus dekat jepun yang selang lima minit memang konfirm ada transport. Kadang2 tunggu 1 jam baru lah ada satu bas dan tetiba bila bas tuh datang BAS RAPID WANITA. x ke bengkek padahal isteri kau dekat hospital sedang sarat beranak?

Dan contoh yang lain. aku ada terbaca dalam surat khabar. lama jugak tuh tapi yang aku past tahun ni gak. 'perempuan sudah tidak memerlukan lelaki untuk mengandung'. Itulah tajuk yang sungguh buat berasap. Apa pasal kau ni (perempuan yang berkaitan) nak anti sangat dengan lelaki? Ada masalah ke kau dengan lelaki sampai nak beranak pun kau sanggup nak menggunakan mesin? Bukan kah ikatan yang terjalin antara suami isteri adalah sesuatu ikatan yang murni tapi kau yang sangat obses dengan teknologi dan macam menidakkan akan kehadiran lelaki (tapi lepas tuh dia beranak pulak anak lelaki..apa kes?)

Aku tidak menujukan isu ni kepada sesiapa. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas. Bukan semua wanita yang berperangai cmni pun, hanya berapa percent je yang lantang bersuara dan efeknya kena dekat semua. Aku faham ade juga sesetengah wanita yang sedikit sebanyak agak membantah dengan adanya fenomena sebegini.

Ingatlah wanita wanita yang berkaitan. Anda memerlukan lelaki dalam hidup anda dan jangan lah bersikap terlalu pesimis terhadap lelaki. Walaupun lelaki tuh nerd ke, lembab ke, samseng ke, pondan ke, ingatlah kami bertindak sebagai ketua dan walaupun setinggi tinggi mana pun kedudukan anda, ingatlah juga anda semua perlukan lelaki untuk melengkapkan hidup anda.


p/s = fikir matang dan jangan emo.

6 comments:

SoLy SoLicious said...

perghhh...entry panas dan hangat.. berani karang lontaran ye..

Hazique Mirza said...

isu yg semakin hangat diperkatakan dan kita perlu bersuara.hopefully x de ayat yang mengguriskan hati. post kali ni ditujukan kepada wanita yang tidak memahami. yang faham amat amat dihormati dan disenangi..:)

rosatikahahmad said...

suke dgn entri anda..
memang kami memerlukan lelaki..!!
=)

Fariz Razali said...

aku penah kena.. mse nak naik bus u80 balik ker uitm.. mse tu aku dah laa dah lmbt.. plus penat coz bwk byk brg.. punya laa lama tgu bus time2 panas2 tu.. tbe2 dtg bus.. FOR LADIES ONLY.. omgg!!! and guest what dlm tu ada 3 ekor jer org.. tak ker berapi aku tgu lgi sejam bus yg seterusnya dtg...!!! waaa!!! ni bkn slh wanita.. salah dasar.. choi..!!!

Azira Hafiza said...

Ni la keistimewaan wanita. Hahahaha.

*keningkening

Farhan Zafry--;LITHIUM said...

Btol2... xperlu la over sme nk kasi kt prmpuan lebih... kdg2 kosong ja bas, tapi laki xleh naik.. sedeh x

Related Posts with Thumbnails