Monday, December 13, 2010

Kisah Si Gemok Masa Dia Budakbudak

Kenangan yang sudah berlalu memang tidak akan dapat diulang tetapi kenangan yang lama itu akan sentiasa terpahat di hati. Terkunci mati. Bila kenang kenang peristiwa lama lama masa zaman budak budak boleh buat gelak sorang diri. Teringat mase kecik dulu membuli dibuli. Jalan jalan dengan kawan keluar pagi balik petang. Bila balik petang abah dah tunggu dekat depan pintu umah dengan rotan buluh yang dah dipanaskan dengan api dahulu. Bila kena piap memang berbirat, merajuk seminggu x nak cakap dengan abah, bila jalan depan abah mulut dimuncungkan macam getah paip, pandang pandang jeling jeling abah (kotkot abah nak cakap abah mintak maaf ya), oh sorry that will never happen sebab abah dulu agak la garang dengan muka stail tailong Kuala Lumpo.

Teringat jugak kenangan zaman budak budak setiap minggu akan pergi ke taman permainan Lake Garden kat dengan Parlimen. Main2x gelongsor. Naik2x buaian dan perasan yang buaian tuh lagi laju and lagi cepat turun berbanding orang lain (gemok punyer pasal). And lagi satu memang pe'el dri kecik memang suke bebenor pergi kedai ikan, burung hiasan. Bila kat situ tak beli pon x pe tengok tengok je. Abah pandai menackle aku kalau tengah merajuk mesti dia ajak pergi kedai kedai camni sebab dia tahu aku mesti suka and know what sampai ke besor ni i just cant resist from going to all those pet shops. Memang habit. And muka akan happy senyum senyum sengsorang tngoktgnok ikan dan burung terbang terbang. Argh such a relieve especially bila kau tengah stress. Pelik x hobi aku ni?

Kitorang kat kawasan kejiranan ni ada la jugak cam geng geng. Geng aku...ergh alamak lupe dah berapa ramai orang. Jap. Urm ade Asyraf, Hamzah, Firdaus, Ojan, Paan,Itah, Uyoi, Zaidi. Aku, adik aku. Ha tuh la.
Tapi yang lakilaki lagi kamceng lah dri perempuan sebab selalunya yang perempuan ni mak bapak x kasi keluar sangat. And pastuh kumpul ramai ramai plan hari ni nak main game ape.

1) Game kejar kejar.
  - Ini yang game paling aku gemar. (ko hengat budak gemok  xboleh larik?). Betol betol x tipu. Game ni cara main dia first first kena kira sapa yang jadi. "Ulat bulu panjat lidi sape dulu dia yang jadi". Ok lagu tuh kadang kadang bila dengar agak cam motifff ulat bulu panjat lidi? heh heh nevermind. Pastuh berlari larilah kami. Kesian gila bapak arh kat yang jadi. Kitorang main lari jek and no space limit. Means that korang boleh lari sejauh mane korang nak lari. Kejam x?. Selalunya game ni akan berakhir bila dah nak dekat maghrib dimana orang yang akan jadi tuh akan kejar kitorang sampai x de had. Ok kejam kejam x?..Itu lah budak lelaki. Dalam lari lari tuh nampak "eh pakcik eskrem la!", "wahwahwah jom jom jom". Beli eskrem makan eskrem. Tetibe "weyh dia dah datang la bodo cepat larii!!!". Lari sambil eskrem meleleh kat tangan, tetek gendang gendut, suar pendek koyak sebab melompat longkang. (BAYANGKAN)


2) Baling selipar.
- Ini pun cam agak peberet!. Hehe. First pilih group mane ko nak pergi. Osom group mane yang jalan dulu. Then susun selipar bentuk cam piramid. Amik selipar jepun (keras and tebal) dan campak straight sesuka hati kat selipar tuh. Then, bila selipar yang tadi dah jatuh. Amik selipar lembut (selipar budak kecik jadi mangsa). And set target kat orang yang nak attack and baling sekuat hati. Bila orang tuh dah kene means dia mati. Paling x best main game ni adalah sebab aku mesti akan jadi orang first mati. Sebab orang yang paling senang target adalah aku. Orang yang paling x pandai elak adalah aku. Orang yang x boleh lari selaju yang lain adalah aku. Pastuh mula tunjuk muka x puas hati. "Ko pesal ha serang aku jer serang la orang lain gak dulu!". "Kitorang serang kau dulu la kan kau tuh gemok". "Babi tol kau kan aku cakap dengan mak aku!. MAKKK!". Ntah bape kali merajuk dengan diorang sebab main game ni sebab sek2x kalah dulu. (I am not a loser!)

3) Main lompat tikus.
- Hehehe game yang agak comel. Comel comel pun sekali salah lompat boleh jatuh luka berdarah woo. Same gak pilih group. Ok game ni cam ramai yang nak group dengan aku. Sebab ape?. Hehe jangan x percaya gemok gemok pun still boleh lompat lagi tau kau ade?. Selalunya anak bulan akan ade setiap group sebab diorang dianggap loser. Main dia. Susun tangan. Dari satu, ke dua, ke tiga, ke empat, ke lima. Bangga muka bila berjaya sampai ke lima. Game ni agak cam naya sebab bila sampai lima agak bahaya. Ade kawan yang jatuh terlentang, luka berdarah, tapi dah nama pon jantan kan tahanlah sikit. Haha. Final nyer adalah dengan cara, group lain akan ukur badan kau. Sape yang group dengan aku kira cam sangat sangat lah bertuah. Dah ukur badan and then yang lain kene lalu dalam ukuran tuh. Thanx to me disebabkan aku group aku selalu menang.Hehe

4) Sorok sorok.
- Game yang agak common. Tapi yang tak common nye bila kau dibenarkan untuk menyorok kat mana mana kau suka. Selalunya game ni akan ade seorang je yang jadi, tapi kitorang guna dua sebab kena berpecah carik yang lain yang ntah lesap ke mana mana and last last jumpe kat rumah tengah tengok tv main game. Memang kena sumpah seranah.

5) Masak masak
- x de la masak ala cikai cikai amik daun masuk dalam kuali yang ade air or amik ayam goreng and then letak kat dalam periuk. Yang ni agak extreme skit. Mintak duit kat bibik "kakak nak duit!". "Nak wat ape?!" "Nak beli ikan kat kedai mamak". " Ha nah amik beli yang murahmurah". Dah beli ikan bakar ikan dengan kawan kawan. Ade satu hari tuh, "weyh x kan nak beli ikan je kot setiap hari?". "Yerla x kan ko nak makan ayam? mahal kot!". "Ha aku ade satu care, nampak tuh!". Nmpak ayam serama orang punye. Ayam tu pun pandang macam "oh kau nak ape" sangat. Lepas tu kepong, sorang kiri kanan depan belakang, then seranggggg! Ayam dapat pelempang pon dapat. Sekali orang punye daaaaa.

6) Pergi masjid reramai. 
- Oh ini bukan game tapi ini adalah xtvt yang akan buat dalam seminggu adalah 4 kali. Ramai ramai turun ke masjid. Lepas semayang memang la xtvt budak perempuan bermain hantu hantu dengan budak budak lelaki. Dah habes semayang diorang cepat cepat kuar. Kitorang still makan pisang kat masjid. Bila balik nampak  orang terbaring kat jalan la, lompat loncat la, panjat pokok la. Kitorang cam "owhhh hantu SANGAT". Diorang cam "eh asal korang x takut ha?". "Tngok muka kau lagi kitorang takut la ITA, kau kan rambut kerinting". No motiff at all x de kaitan rambut kerinting dengan ketakutan? 


Memang best zaman kanak kanak dulu. Kalau boleh nak ulang mase tu.  X de stress. Seksek gelak gelak. Lompat lompat, lari lari, makan makan, minum air paip.
Ok lah penat dah taip, bye bye sayanngggs.


P/S = Budak budak kecik sekarang nakal die cam lain macam, Dah pandai try rokok sume. Kitorang dulu x pernah pon tahu mcmne nak merokok sume and walaupun kitorang ni nakal sume at least makbapak kitorang tahu kitorang ni nakal sampai tahap tuh je x nak la pulak merokok or minum arak segala bagai. It is just budak sekrang yang pelik.














Sekapur Sireh,
Hazique Mirza.

3 comments:

Azza Mazlan said...

HAHAH . Zamaz kanak-kanak zaman terbaik . Tak da masalah :)

Anonymous said...

hhaha terbaik la hazia, suka aq baca, terningat kembali zaman yg lmapu hoho

-->mimi =)

Anonymous said...

hahaha...comelnye..nak gelak sampai guling2..

Related Posts with Thumbnails